♥ 10 Petanda Si Dia Jodoh Kita ♥

20 Oktober 2012, Sabtu

Jodoh adalah perkara yang sedang ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.  Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?? Allah S.W.T mengurniakan manusia telingan untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.  Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.  Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.  Benarkah ia seperti yang diperkatakan??

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita


1.  BERSAHAJA


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.  Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.  Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.  Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.


2.  SENANG BERSAMA

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.  Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.  Dia juga merasainya.  Rasa senang sekali apabila bersama.  Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.  Tidak kira saiang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.  TERIMA KITA SEADANYA

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.  Dia tidak mengambil kisah siapa kita seblum ini.  Yang penting, siapa kita sekarang.. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya.  Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.  SENTIASA JUJUR

Kita perlu berlaku jujur dengan pasangan kita tidak kira pasangan kita dekat ataupun berjauhan dengan kita. Selagi kejujuran berada di dalam perhubungan, kebahagian menjadi milik kita.  Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

5.  SALING MEMPERCAYAI

Dalam perhubungan, sikap saling mempercayai diperlukan bagi mengelak pergaduhan berlaku.  Saling mempercayai, berkongsi masalah dapat membantu mengeratkan hubungan kita dengan pasanagan kita.

6.  SENANG BEKERJASAMA

Bagi menguat dan mengekalkan hubungan dengan pasangan kita, sikap saling bekerjasama diperlukan.  Segala kerjaa yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankn tugas masing-masing.

7.  MEMAHAMI DIRI KITA

Si dia perlu memahami diri kita..  Sekiranya pasangan sudah bekerja, jika pasangan sibuk maka si dia perlu memahami keadaan kerja pasang.  Begitu juga sekiranya pasang masih belajar, si dia perlu memahami tanggungjawab pasangannya sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan pelajarannya.  Dengan adanya sifat saling memahami antara satu sama lain, pertelingkahan tidak akan berlaku dan ini merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh semua pasangan agar hubungan mereka berjalan dengan baik.

8.   TAMPILKAN KELEMAHAN

  Tiada siapa yang di dunia ini sempurna.  Setiap individu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.  Proses mengenali antara satu sama lain merupakan masa yang sesuai untuk kita berkongsi kelebihan dan kelemahan kita agar apabila kita sudah mendirikan rumahtangga, peselisihan paham mengenai kekurangan masing-masing dapat diatasi.  Jika si dia benar-benar menyayangi dan mencitai kita, mereka akan menerima segala kelemahan yang ada dalam diri kita.

9.  KATA HATI

Dengarlah kata hati kita. Buat keputusan mengikut gerak hati kita.  Hati kita tidak penah menipu.  Jika kita yakin dia jodoh kita, teruskan lah hubungan ini hingga ke jinjang pelamin,

10.  SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T.  Manusia hanya merancang, yang menentukannya adalah Allah S.W.T.  Solat Istikharah diperlukan bagi menguatkan hati kita bahawa dia adalah jodoh kita.  Sentiasa berdoa kepadaNya semoga jodoh anda dan pasangan anda dikekalkan hingga ke Jannah.


Muara Hati ♥

11 Oktober 2012, Khamis


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntutmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

(Chorus)
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali 

(ulang chorus)

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
CINTA....


==================== ^_^