CINTA? SAYANG? MINAT? SUKA?

TAHUKAH 
kamu perbezaan erti 
cinta, sayang, minat dan suka??

CINTA
Kamu memang mengharapkan si dia menjadi milikmu..
Segala apa yang kamu lakukan kalau boleh segalanya ingin si dia   
     tahu. Begitu juga dengan perasaannya jika boleh memang 
     tidak mahu sakiti langsung.
Apa sahaja perihal si dia, memang kamu ingin tampil terbaik  
    dihadapannya dan jika sehari tidak berhubung dengannya, bagai 
    tak lengkap pula rutinmu pada hari ini.

SAYANG
Ia nampak serupa dengan perasaan cinta. Namun bezanya, bagi orang yang kita hanya sayang ini adalah kita memerlukan si dia untuk menjadi pendengar setia untuk segala rahsia dan kisah duka yang kamu alami.
Dalam erti kata lain, sayang ini ditujukan kepada seseorang yang 
sanggup melenyapkan masa santainya untuk mendengar segala 
keluhan dan masalahmu.
Selalulunya, individu untuk ciri ini adalah dikalangan teman karib kamu sana ada lelaki atau perempuan.

SUKA
Adalah ciri yang berjaya membuat dirimu terhibur saat berkawan 
    dengannya dan si dia adalah dalam kalangan rakan sekerja 
    mahupun kuliahmu.
Tetapi tahap kerinduanmu terhadap si dia tidaklah sama seperti 
    merindui cinta hatimu.
Cuma jika dikenangkan untuk seketika, kamu pasti merindui 
    untuk bergelak ketawa bersama mereka.

MINAT
Selalunya ada sesuatu pada dirinya yang menarik hati kamu 
     untuk mendekatinya.
Perasaan jarak jauh itu sama seperti kamu meminati selebriti 
     pujaan yang mana kamu meminat gaya, rupa mahupun lakonan 
     mereka.



=========================================

credit to: LISA (Lengkap Informasi Sumber Aspirasi) Februari 2013

PETANDA LELAKI GENTLEMEN =)

Lelaki 'gentlemem' atau lelaki budiman memang idaman wanita. Namun dengan personaliti lelaki yang pelbagai bukanlah mudah untuk mengenali lelaki sebegini. Namun, ada tanda yang boleh diperhatikan bagi memudahkan kaum wanita khususnya mengenalpasti golongan lelaki ini.

Jom-jom kita lihat

 PETANDA LELAKI 'GENTLEMEN'

1 Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah. Jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik =)

2 Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang 'gentlemen' tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhakn diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon =)

3 Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang, Provokosi? Maaf, lelaki 'gentlemen' tidak berminat melayan!! =)

4 Lelaki 'gentlemen' tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut =)

5 Ketika hujan lebat di dia sanggup menjemout anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda =)

6 Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua =)

7 Dia tidak pernah berbual telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarang selang sebuah rumah. Jauh sekali bercakap berdengar-dengar seolah-olah dialah lelaki paling hebat ;)

8 Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun =)

9 Lelaki 'gentlemen' tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Merka juga tidak akan meludah merata-rata =)

10 Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyising lengan baju dan membasuh setakat yang termampu =)

11 Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu membawa barangan tersebut =)

12 Lelaki 'gentlemen' tak perlu diajar keranan mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula wanita harus dipujok =)

13 Lelaki 'gentlemen' jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang =)

14 Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda =)

=========================

credit to : Majalah mingguan wanita (18-24 Mei 2012)

♥ CARA MEMIKAT HATI LELAKI ♥

2 MAC 2013

6 CARA MEMIKAT HATI LELAKI

PERTAMA : Pandangan pertama
Faktor ini meminkan peranan penting dalam soal menarik perhatian lelaki. lelaki mana yang tida terpikat jika gadis tampil menawan di hadapannya. Jadi ini lah perkara yang perlu anda praktikan.
Seorang gadis perlu tahu pakaian apa yang perlu dipakai untuk memikat lelaki. pakai dan lihat pada cermin, adakah ia nampak memikat, sopan, dan paling penting nampak terselah.
Konsep terserlah tetap diperhatikan walaupun anda berada jauh dari pandangan seseorang lelaki, mereka sudah perasan kewujudan anda. Situasi ini akan membuatkan lelaki ingin tahu siapa yang berpakian begitu =)

KEDUA : Mudah mesra
Jangan tunjuk ketegasan dan jangan risaukan tentang bagaimana rupa anda. 
Jangan juga inginkan kesempurnaan. 
Tenang dan relaks, andaikan seperti tiada apa-apa yang berlaku. 
Lakukan sedikit jenaka serta sentiasa senyum dan ketawa
Cuba bergurau di tahap sederhana walaupun baru berjumpa. 
Cuma jangan lebih-lebih sangat kerana anda mungkin di anggap sebagai 'gedik' =)

KETIGA: Gunakan bahasa badan yang positif
Betulkah sudut badan anda terus pada si dia.
Duduk atau berdiri dengan postur badan yang tegak.
Tentang mata anda dengan si dia apabila bercakap. Ini menunjukkan kesungguhan anda berbual atau mendengar.
Paling penting sentiasa SENYUM =)

KEEMPAT: Pecahkan sempadan malu
Anda mungkin memecahkan suasana segan ini dengan topik perbualan yang boleh menarik minatnya untuk berbicara tanpa malu. Mungkin topik tentang sukan dan hobi yang menarik yang dilakukan =)

KELIMA : Puji si dia
Berikan pujian yang membina dan ikhlas mengikut kesesuaian situasi masa itu.
Biarkan di dia nampak anda menghargai segala apa yang dia lakukan.
Contohnya jika dia memiliki kereta yang hebat, pujilah tentang keretanya.
Apa yang penting, anda perlu puji perkara yang anda betul-betul suka kerana ia akan menampakkan keikhlasan anda =)

KEENAM : Tunjukkan minat
Cuba mengenali si dia dengan bertanyakan tentang dia, apa yang dia minat, kerja, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
Mungkin dengan cara ini, anda mungkin boleh dapati anda dan lelaki tersebut mempunyai minat yang sama =)


=================================

credit to : majalah mingguan wanita (25-31 Mei 2012)

♥ PESANAN UNTUK KAUM ADAM ♥



Adam...
kalau kami tidak membalas salammu...
kami dikatakan sombong...
kalau kami dia apabila bertanya...
kami dikatakan berlagak..
kalau kami tidak senyum kepadamu..
kami dipanggil poyo...
kalau kami tidak membalas smsmu..
kami dikatakan kerek...

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati 
memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan 
suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan 
tawanya untuk semua?

Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa 
untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?

Janganlah sewenang-wenangnya engkau 
memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu =)



♥ RENDANG AYAM ADABI ♥

03 Disember 2012, Isnin

Assalamualaikumm...
Selamat Malam semua :)
dah dinner ka belom??
aku dah siap dinner dah... kui 6.30 td lg..
makan KATEW TOMYAM dgn roomate aku..
dinner awai sbb lapaqq awai hari ni... hehehe

lama aku x update belog niee...
hari nk update menu LUNCH aku dgn roomate aku...
1st time aku makan lauk segera a.k.a dalam tin...
kalu sardin tin pon aku akan masak balik..
ini.. buka2 penutup terus makan....

hari ni aku try RENDANG AYAM cap ADABI.. hehehe
not bad lah rasa diaa...
tp kalu panaskan rendang nie mesti lagi sedap :)

dalam hati time niee....
"sedap ke tak rendang niee"
tp Alhamdulillah sedap rasanya :)
nyummm nyummm....
ready nk makan dah niee..  

 nasi dah nk habis bru jumpa kentang... :)

next time leh makan sambil bilis pulak...
x makan dgn nasi dapat makan dgn roti pon sedap niee :)
pas nie leh lah buat "stok" dalam bilikk
time2 malas nk kuar tapau makanan.. hari ujan.. ada juga menu nak makan :)
tp yang penting mesti makan dgn roomate saya...
adik MASTURA.. ^__^

♥ 10 11 12 ♥



Assalamualaikum... Morning Friend :)
cantikkan tarikh hari ini...
10-11-12
mesti ramai weeding yang akan berlangsung hari ini..
kepada yang akan menamatkan zaman bujang pada hari ini
 aku ucapkan 
♥ SELAMAT PENGANTIN BARU 
Insyaallah, sampai masanya nanti aku akan menamatkan zaman bujang aku pulakk.. hehehe :)
Aku berharap hari ini dan hari-hari berikutnya aku akan sentiasa:
GEMBIRA
CERIA
BAHAGIA
dan yang paling penting aku akan sentiasa 
TERSENYUM :)

Untuk awak..

"Menjadi cinta pertama kepada seseorang 
adalah sesuatu yang hebat,
tetapi 
menjadi cinta yang terakhir adalah jauh lebih sempurna"


Awak....

Bila pertama kali kita jumpa...
secara jujurnya tak pernah saya terfikir
yang awak akan jadi begitu penting dalam hidup saya :)


Saya nak Awak tahu....

walaupun saya bukan cinta pertama awak.. 
tetapi....
saya harap saya adalah cinta terakhir dalam hidup awak.. :)

SHMM


♥ADAM & HAWA♥



Wahai kaum Adam...

Hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu,
Bimbinglah dia, kalau silap langkahnya,
Adam pun turut mendapat nama di akhirat kelak....

Adam,
Tegurlah Hawa dengan cara baik dan biar bertempat,
Didiklah dia menjadi wanita solehah..
kerana dia adalah dari "tulang rusukmu"
Bukan untuk diherdik, mahupun dihina,
Lindungilah dia dari fitnah dunia...

Bukankah Hawa diciptakan daripada "tulang rusuk" Adam??
Untuk disayangi dan dilindungi....

==SHMM==