♥ CARA MEMIKAT HATI LELAKI ♥

2 MAC 2013

6 CARA MEMIKAT HATI LELAKI

PERTAMA : Pandangan pertama
Faktor ini meminkan peranan penting dalam soal menarik perhatian lelaki. lelaki mana yang tida terpikat jika gadis tampil menawan di hadapannya. Jadi ini lah perkara yang perlu anda praktikan.
Seorang gadis perlu tahu pakaian apa yang perlu dipakai untuk memikat lelaki. pakai dan lihat pada cermin, adakah ia nampak memikat, sopan, dan paling penting nampak terselah.
Konsep terserlah tetap diperhatikan walaupun anda berada jauh dari pandangan seseorang lelaki, mereka sudah perasan kewujudan anda. Situasi ini akan membuatkan lelaki ingin tahu siapa yang berpakian begitu =)

KEDUA : Mudah mesra
Jangan tunjuk ketegasan dan jangan risaukan tentang bagaimana rupa anda. 
Jangan juga inginkan kesempurnaan. 
Tenang dan relaks, andaikan seperti tiada apa-apa yang berlaku. 
Lakukan sedikit jenaka serta sentiasa senyum dan ketawa
Cuba bergurau di tahap sederhana walaupun baru berjumpa. 
Cuma jangan lebih-lebih sangat kerana anda mungkin di anggap sebagai 'gedik' =)

KETIGA: Gunakan bahasa badan yang positif
Betulkah sudut badan anda terus pada si dia.
Duduk atau berdiri dengan postur badan yang tegak.
Tentang mata anda dengan si dia apabila bercakap. Ini menunjukkan kesungguhan anda berbual atau mendengar.
Paling penting sentiasa SENYUM =)

KEEMPAT: Pecahkan sempadan malu
Anda mungkin memecahkan suasana segan ini dengan topik perbualan yang boleh menarik minatnya untuk berbicara tanpa malu. Mungkin topik tentang sukan dan hobi yang menarik yang dilakukan =)

KELIMA : Puji si dia
Berikan pujian yang membina dan ikhlas mengikut kesesuaian situasi masa itu.
Biarkan di dia nampak anda menghargai segala apa yang dia lakukan.
Contohnya jika dia memiliki kereta yang hebat, pujilah tentang keretanya.
Apa yang penting, anda perlu puji perkara yang anda betul-betul suka kerana ia akan menampakkan keikhlasan anda =)

KEENAM : Tunjukkan minat
Cuba mengenali si dia dengan bertanyakan tentang dia, apa yang dia minat, kerja, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
Mungkin dengan cara ini, anda mungkin boleh dapati anda dan lelaki tersebut mempunyai minat yang sama =)


=================================

credit to : majalah mingguan wanita (25-31 Mei 2012)

No comments:

Post a Comment