PETANDA LELAKI GENTLEMEN =)

Lelaki 'gentlemem' atau lelaki budiman memang idaman wanita. Namun dengan personaliti lelaki yang pelbagai bukanlah mudah untuk mengenali lelaki sebegini. Namun, ada tanda yang boleh diperhatikan bagi memudahkan kaum wanita khususnya mengenalpasti golongan lelaki ini.

Jom-jom kita lihat

 PETANDA LELAKI 'GENTLEMEN'

1 Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah. Jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik =)

2 Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang 'gentlemen' tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhakn diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon =)

3 Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang, Provokosi? Maaf, lelaki 'gentlemen' tidak berminat melayan!! =)

4 Lelaki 'gentlemen' tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut =)

5 Ketika hujan lebat di dia sanggup menjemout anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda =)

6 Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua =)

7 Dia tidak pernah berbual telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarang selang sebuah rumah. Jauh sekali bercakap berdengar-dengar seolah-olah dialah lelaki paling hebat ;)

8 Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun =)

9 Lelaki 'gentlemen' tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Merka juga tidak akan meludah merata-rata =)

10 Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyising lengan baju dan membasuh setakat yang termampu =)

11 Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu membawa barangan tersebut =)

12 Lelaki 'gentlemen' tak perlu diajar keranan mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula wanita harus dipujok =)

13 Lelaki 'gentlemen' jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang =)

14 Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda =)

=========================

credit to : Majalah mingguan wanita (18-24 Mei 2012)

No comments:

Post a Comment