CINTA? SAYANG? MINAT? SUKA?

TAHUKAH 
kamu perbezaan erti 
cinta, sayang, minat dan suka??

CINTA
Kamu memang mengharapkan si dia menjadi milikmu..
Segala apa yang kamu lakukan kalau boleh segalanya ingin si dia   
     tahu. Begitu juga dengan perasaannya jika boleh memang 
     tidak mahu sakiti langsung.
Apa sahaja perihal si dia, memang kamu ingin tampil terbaik  
    dihadapannya dan jika sehari tidak berhubung dengannya, bagai 
    tak lengkap pula rutinmu pada hari ini.

SAYANG
Ia nampak serupa dengan perasaan cinta. Namun bezanya, bagi orang yang kita hanya sayang ini adalah kita memerlukan si dia untuk menjadi pendengar setia untuk segala rahsia dan kisah duka yang kamu alami.
Dalam erti kata lain, sayang ini ditujukan kepada seseorang yang 
sanggup melenyapkan masa santainya untuk mendengar segala 
keluhan dan masalahmu.
Selalulunya, individu untuk ciri ini adalah dikalangan teman karib kamu sana ada lelaki atau perempuan.

SUKA
Adalah ciri yang berjaya membuat dirimu terhibur saat berkawan 
    dengannya dan si dia adalah dalam kalangan rakan sekerja 
    mahupun kuliahmu.
Tetapi tahap kerinduanmu terhadap si dia tidaklah sama seperti 
    merindui cinta hatimu.
Cuma jika dikenangkan untuk seketika, kamu pasti merindui 
    untuk bergelak ketawa bersama mereka.

MINAT
Selalunya ada sesuatu pada dirinya yang menarik hati kamu 
     untuk mendekatinya.
Perasaan jarak jauh itu sama seperti kamu meminati selebriti 
     pujaan yang mana kamu meminat gaya, rupa mahupun lakonan 
     mereka.



=========================================

credit to: LISA (Lengkap Informasi Sumber Aspirasi) Februari 2013

No comments:

Post a Comment